BOLEHKAH MAKAN HABBATUSSAUDA' SEMASA HAMIL?


BISMILLAHHIR RAHMAN NIR RAHIM,



Rasulullah S.A.W Bersabda "Hendaklah Kamu Berubat Dengan HABBATUS SAUDA. Sesungguhnya Ia Mengandungi Bahan Penyembuh Bagi Setiap Penyakit Kecuali Mati"

( Hadith Riwayat Imam al-Bukhari )







Menurut Imam Ibn Qayyim, wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak digalakkan atau elakkan dari mengambil Habbatus Sauda walaupun Habbatus Sauda mujarab dalam mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya yang mengalami masalah alahan ataupun selsema. 

Habbatus Sauda mempunyai kesan dalam pengecutan rahim yang boleh menghalang kehamilan, menyebabkan kelahiran awal atau keguguran jika diambil secara berlebihan semasa sedang hamil. Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil elakkan dari mengambil Habbatus Suada. 

Kesimpulannya Habbatus Sauda elok di amalkan selepas bersalin/melahirkan anak kerana ianya mempunyai kesan pengecutan rahim  Selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin, Habbatus Sauda juga terbukti membantu penghasilan susu ibu. 

Jika amalkan Habbatus Sauda selepas bersalin, Insya-Allah pengeluaran susu ibu untuk bayi akan bertambah banyak.

Berlawanan dengan wanita. Bagi orang lelaki pula, Habbatus Sauda membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Habbatus sauda didapati membantu meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. 

Jadi, jika sedang merancang untuk mendapatkan anak, eloklah suami mengamalkan supplemen Habbatus sauda. Selain daripada kesuburan lelaki. Paras hormon testosteron juga membantu orang lelaki untuk terus bertenaga dan bersemangat seperti yang ditulis oleh Ibnu Sina di dalam Buku Perubatannya, Habbatus Sauda boleh merangsang tenaga, membantu menghilangkan keletihan dan boleh memulihkan semangat. Insya-Allah, kita boleh cuba sendiri dan rasa bagaimana perbezaannya selepas mengamalkan Habbatus Sauda seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Abd Rahman Baco 
Penulis Buku "Halalkah Ubat Anda" & Ahli Farmasi
sumber



PANDUAN PEMAKANAN HABBATUS SAUDA




Bagi orang lelaki , Habbatus Sauda membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Habbatus sauda didapati membantu meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. 

Jadi, jika sedang merancang untuk mendapatkan anak, eloklah suami mengamalkan supplemen Habbatus sauda. Selain daripada kesuburan lelaki. Paras hormon testosteron juga membantu orang lelaki untuk terus bertenaga dan bersemangat seperti yang ditulis oleh Ibnu Sina di dalam Buku Perubatannya, Habbatus Sauda boleh merangsang tenaga, membantu menghilangkan keletihan dan boleh memulihkan semangat. Insya-Allah, kita boleh cuba sendiri dan rasa bagaimana perbezaannya selepas mengamalkan Habbatus Sauda seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Berbanding  wanita pula, dari apa yang saya tahu, habbatus sauda adalah salah satu cara pemakanan perancang keluarga tetapi saya tidak pasti dos yang mencukupi untuk di makan. Saya juga ada terbaca testimoni beberapa orang yang mengatakan mereka mengamalkan habbatus sauda ketika mengandung dan tidak menghadapi masalah. 


Namun saya nasihatkan supaya elakkan Habbatus sauda ketika mengandung atau jika merancang untuk mengandung disebabkan sifat habbatus sauda yang panas,  adalah lebih sesuai dimakan selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu badan dan ianya dapat mengecutkan rahim selepas bersalin.


Dari pengalaman saya selepas mengamalkan habbatus sauda dan minyak zaitun, saya tidak lagi mengalami sengugut. Umur saya yang menghampiri setengah abad ini, ada masa mengalamai masalah sembelit, tekanan darah rendah, mudah selsema. 
Alhamdulillah sekarang amat jarang  mengalaminya lagi.  Saya juga dapati kuku saya pun tidak mudah patah. Ini antara perkara-perkara yang saya perasan sejak mengamalkan habbatus sauda dan minyak zaitun. Kombinasi Habbatus Sauda yang meningkatkan imun badan dan minyak zaitun yang melancarkan darah memang telah di akui.

Mungkin anda mengalami perkara-perkara yang berbeza dari saya. Mohon share dan komen nanti ya!

Saya juga mempunyai anak yang menghadapi masalah asma, dia mudah mengalami alahan terutama disbebabkan oleh habuk dan cuaca.  Sering selsema dan batuk.  Alhamdulillah telah nampak perubahan dan tidak mudah selsema lagi.


Bagi yang menghadapi penyakit atau masalah kesihatan, jika ingin mengamalkan pemakanan sunnah ini supaya :



  • Niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah saw, dan sentiasa minta dan  berdoa kepada ALLAH subhanawa  Taala untuk  kesembuhan.


  • Di sarankan juga untuk banyak minum air.


  • Istiqamah dalam pemakanan sunnah ini, diminta kita bersabar dalam mengamalkannya. Sebab bagi yang menghadapi masalah kesihatan kadang-kadang penyakit kelihatan bertambah teruk tetapi teruskan dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk kesembuhan.

Saya bukanlah seorang doktor atau tabib, tetapi ini dari pengalaman saya dan keluarga yang telah mengamalkannya.



Bacalah di bahagian Artikel-artikel lain berkenaan habbatus sauda dan minyak Zaitun dari blog dan sumber saintifik barat  dan mereka mula mengakui keberkesanan habbatus sauda dalam merawat beberapa penyakit.

Artikel lain Habbatus Sauda
Artikel lain Minyak Zaitun


Ada yang bertanya tentang Habbatus sauda dalam merawat kanser, anda cubalah baca artikel ==> Kitchen Doctor , berkenaan kajian dari  Cancer Immuno-Biology Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina. 

Ada banyak lagi kajian tentang Nigella Sativa sekarang ini yang menunjukkan hasil positif dalam menyembuhkan penyakit lain seperti alahan atau resdung, darah tinggi, kencing manis, kebotakkan, buasir dan sebagainya. Namun  kita sebagai orang Islam mestilah percaya setiap penyakit ada ubat yang Allah hadirkan kecuali Al-Sam.

Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda’,  samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah,  kita digalakkan juga untuk mengambil Habbatus Sauda’ ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW.

Insya Allah, sama -sama kita kembali kepada pemakanan sunnah

Sekian 


aida shah



No comments:

Post a Comment